Berjanjilah,
walau apa yang berlaku,
kita masih akan selalu memandang langit dengan pandangan yang sama.
Berjanjilah,
walau apa pun yang akan terjadi,
kita masih akan mendongak ke langit dengan rasa lapang di dada.
Berjanjilah,
bahawa walau sekuat mana kita diduga,
tak akan sekali-kali kita akan mendongak untuk bertanya- DIA “kenapa”..
Berjanjilah,
bahawa walau hujan dan petir akan tetap membuat langit kelam,
kita masih juga akan tetap percaya,
bahawa mendung akan akhirnya pergi, dan langit akan kembali biru,
seperti suatu masa dahulu.
Berjanjilah,
bahawa walau apa pun yang terjadi,
kita akan sentiasa optimis dan percaya,
bahawa semuanya akan akhirnya nanti baik-baik sahaja.
Berjanjilah,
untuk tidak akan melihat langit dengan pandangan mata berkaca,
menpersoal takdir dan bertanya mengapa,
lantas berputus asa.
Berjanjilah,
untuk tetap mendongak ke langit dengan harapan dan doa.
tersenyum, dan percaya bahawa DIA sangat tahu apa yang sedang dilakukan-NYA.
dipetik dari blog
ayuamiza
hehe, macam biasa lah, bab2 petik memetik senang sikit kalau nak bersastera nih. nak harapkan buat sniri memang 2 hari 2 malam la cari ilham..
xdelah, poem ni cukup2 buat aku tersentuh. sbb memang kebelakangan emosi sangat tak stabil. nasib tak jumpa pakar psikologi je kot. haha, xdelah. teruk2 mana pun, insyaAllah waras lagi. boleh tahu lagi asas2 agama.
cuma itulah, takut sebenarnya. sebagai hamba yg lemah dan hina nih, setiap kali ada ujian,musibah, terkadang hati ini terlintas untuk mempersoalkan takdir. *astaghfirullah*
pelik jugak dengan hati, dah belajar, dah tahu, dah ada ilmu, tapi seolah-olah tak selari dengan ilmu yang ada. permainan hati? hasutan syaitan? sama jela kot maksud dua2.
huhu, bulan puasa bukan syaitan diikat kah? hmm, kenapa time otak berserabut, emosi bercelaru, laju dan sepantas kilat, cahaya, skelip mata soklan KENAPA terkeluar? T_T
Berjanjilah,
bahawa walau sekuat mana kita diduga,
tak akan sekali-kali kita akan mendongak untuk bertanya- DIA “kenapa”..
Ya Allah, banyaknya dosa hambaMu ini, ampunkan aku ya Allah, jadikan lah setiap langkahku adalah yg terbaik untukku dan diredhai olehMu.
ameeenn.... :D
Love always,
Teefah Leevs