Friday, September 21, 2012

last post in malaysia?

assalamualaikum..

hehe, takut tak tajuk kat atas tuh? hmmm, tapi..harapnya bukan forever, insyaAllah, akan ada lagi post dr Malaysia, walaupun ambil masa bertahun-tahun.. =)


3 hari lagi...3 hari je lagi.. tp, tak macam 3 hari sangat lah. kenapa?
1st, sbb masa cepat je berjalan.
2nd, sbb esok dh gerak pergi kL. so barang2 memang kena siapkan hari ini lah kan? bilik kena kemas..=.=


haha, kesimpulannya aku ada 28 jam je lagi. tolak tidur, makan, tgk tv, update blog, online dan lain2.agak2 tinggal berapa jam je lagi kn? hmmm..

dan.. sebenarnye mmg dh takde masa kn? tp cuba teka apa aku tgh buat.. -_-


 beg dh kemas,  kena cari penimbang. dh dpt penimbang ( walaupun tak boleh harap sgt ), sekali lebih pulak limit. T__T
bukak balik perut boroooyy beg tuh, kemas2 balik, keluarkn baju, makanan, pastu timbang2 ada extra 7kg. okeylah tu, cukup2 je berat bila tambah dgn kotak yg dh siap pack, 7kg.
then, aku masuk bilik, tgk ada byk lg barang tak sumbat dalam beg....T____T



1kg je lebih, kena charge rm60 kalau tak silap lah..hmm, bukan setakat berlubang poket, dah terbakar terus agaknya..hehe
naik business class boleh lah dapat extra 10kg lagi. tp mampukah aku? hehe, bukan taraf aku.. =)




leaving malaysia soon.. :'(

walaupun gambar mcm happy, hakikatnya...berat nak tinggalkan tanah air sendiri, kn?
hmm, apa pun, i cant let this stop my way. macam post aku sebelum ni, SEMANGAT!


untuk family yg tercinta, terima kasih sebab banyak bagi sokongan dari semua sudut. :) 
tak tahulah macam mana nak survive takde diorang. nak diorang datang, bukan senang macam kat USIM dulu. :'(
dan buat sarah, farah, fiancee, nini, adik, nami, syaza, mudzy, yeng, soley, qilah, mika, wayne, tehah dan lain-lain jugak..thanks for being by my side susah dan senang all this time. im gonna miss u guys..
(maaf, tak letak semua. takut tak larat nak scroll je,hehe )


untuk awak, bdk kecik. ;')


"ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan,bukan pada manisnya ucapan di bibir,tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam setiap doanya"
-imam ghazali.

 
korang jangan sedih2 ye.. :')

kepada sarah, nini dan wayne, selamat belajar di tempat baru!

farah, dan fiancee, teruskan perjuangan anda! dan tolong lah jaga kesihatan tu ye..hehe

dan syaza, mika, tehah, mudzy, yeng, soley, nami, qilah selamat belajar subjek baru, kawan baru. jgn biarkan kesedihan lama masih bertapak kat hati kita ye. sbb itu semua takkan tolong kita utk masa depan.kn? :')


hehe, dan xpelah kk1 macam tu pun. spend masa kt library yg canggih tu lah pulak. dgr kata ramai beli basikal? benarkah? hehe..bleh tumpang. =D



 okeylah, rasanya sampai sini dulu kot. beg dan bilik dah mula memanggil untuk dikemas. wuwuwuwu.. 
tataa~

adik, akak sayang adik. adik jaga diri taw! ingat Allah selalu. adik jaga diri adik, bukan untuk akak, tp untuk Allah dan untuk adik. akak ni cuma bonus utk adik biar adik lebih pandai jaga diri, lebih banyak gunakan kata akal dan hati, bukan kata nafsu. dan lebih semangat untuk study! hmm, sebelum akak pergi, akak nak sampaikan harapan akak..
p/s: ini sambungan untuk budak kecik dalam post sebelum ni. yelah, adik wangi.  -..- 
1st, akak harap sangat adik dapat jaga diri, jaga hati, jaga IMAN. 2nd, akak nak sangat tengok adik berjaya, dpt pointer tinggi dan dpt tajaan. 3rd, akak harap sgt adik akn stop amek benda alah tu k. setan kn suka mkn asap. dan, akak dgr2 benda tu haram, betul ke dik? :'( please adik, ingat taw pesan akak. akak sayang adik.. jaga diri taw.. (love)
love always,
teefah  

Thursday, August 30, 2012

back to campus

assalamualaikum.
merujuk tajuk diatas, ececey. xdelah.. tajuk kt atas tu lebih kepada nak tujukan kepada sahabat2ku yg tercinta yg akan meneruskan pengajian mereka tak kiralah diploma, degree, ataupun yg masih berasasi lagi. :)

eh2, panjang pulak pendahuluan. okey, sebenarnye post kali ni nak merapu je.
jadi, kepada sesiapa yang masih banyak perkara penting nak selesaikan, sila selesaikan dulu ye. sesi bersantai aja.

oleh yang demikian, kepada sahabat2 ku sekalian, jom jadikan kemasukan kita kali ini, lebih bersemangat, lebih bertenaga, dan lebih jelas arah tujuan kita!! YEAH!! :)

mood: demam

haha, xde kaitan mood dengan tajuk diatas. sekadar menyampaikan bahawa betapa lambatnya setiap ayat nak ditaip. x_x

buat sahabat2 usim, housemates tamhidi, selamat kembali dan belajar di USIM yg tercinta.
maafkan sahabatmu ini, kerana tidak dapat bersama2 berjuang di USIM..
walaupun jarak akan memisahkan kita, namun perjuangan kita tidak berakhir. :)

memang tak dapat nak nafi, setahun perkenalan dengan anda semua, sudah cukup untuk meninggalkan kesan di hati ini buat selamanya. semoga persahabatan ini akan kekal sampai bila2. :')

 doakan sy selamat dan elok disana. (hmm, sebenarnya xde semangat lah nak keluar malaysia. sobss3x. :'(   sayangnya malaysia)

huhuhu, rasa mcm kelakar.. dulu, zaman muda mudi dulu, tak kenal pun istilah homesick..campak lah kt mana2 pun, insyaAllah bleh survive. kanak2 kot, semangat terlebih. haha
semakin aku membesar, (ceh,mcm kecik sgt je dlu), semakin aku belajar erti homesick nih.
dan sesungguhnya, sekarang nih, walaupun tak pegi lagi, dh rasa. apakah??? homesick ke ni? T_T

heh, oh, semangat! datanglah kepadaku..haa, ckp psl semangat. why,why,why tahun ni aku rasa semangat merdeka ni takde? disebabkan dh  tak sekolah, dah takde cat2 banner bagai, dh hilang ke semangat patriotik? adakah aku je yg rasa mcm ni? atau memang semangat patriotik dalam kalangan malaysia sudah semakin luntur?

teringat zaman sekolah, teringin nak naikkan bendera, tp xtercapai lg. haha

pilih,pilih,pilih. 2 singgit. ;D

selamat menyambut hari kemerdekaan!

eh2, baru prasan. mcm lari tajuk. haha, takpelah. selingan...

 selalu terjadi. lebih2 lagi exam dh dekat. (aku le tuh.huhu)
pstu, result tak cantik, sedih. insaf 2 hari, masuk sem baru, lupa daratan balik. hukhuk

huhu, okey2, teefah! insyaAllah aku akn cuba ubah. study hard, study smart dr awal..
keluarnya aku dari usim ni, sedikit sebanyak menyedarkan aku ke realiti lah jgk. huhu, aku harap kesedaran ni stay smpai bila2. sebab aku dah tak sanggup nak lalui lagi.
kuatkan aku, ya Allah. jauhilah aku dr sifat lalai. amin..


er,err..okey, sampai sini jelah kot post kali ni. dah lama bebeno nak siapkan 1 post ni..huhu

oh, ingatan sebelum berakhir. (utk diri sndiri dan sesiapa yg sudi membaca)

 "Dua nikmat manusia sering lupa; kesihatan dan masa lapang."


(pesanan kt bawah ni khas untuk seseorang, atas permintaanya agar dirinya di mention kt blog ni.)
ps: baiklah budak kecik, awak tu sgt busuk. sila mandi, dan pakai perfume. terima kasih. pesanan ikhlas dr kakak yg penyayang. :p

love always,
teefah leevs

Saturday, July 28, 2012

maafkan hati yg tak sempurna


assalamualaikum.
kali ini xde karangan panjang2.hehe..
so xdelah korang nak pening baca ayat belit2 or duduk menghadap 1 cm je dr skrin.
just want to share this song. walaupun lagu ni dah lama (ketinggalan betul aku,haha),
i love it! dan aku sangat sangat sangat sangat suka bait ni.


MAAFKANLAH BILA HATI TAK SEMPURNA MENCINTAIMU

enjoy it! :)

love always,
teefah leevs 

Wednesday, July 25, 2012

always trust in Him

Berjanjilah,
walau apa yang berlaku,
kita masih akan selalu memandang langit dengan pandangan yang sama.

Berjanjilah,
walau apa pun yang akan terjadi,
kita masih akan mendongak ke langit dengan rasa lapang di dada.

Berjanjilah,
bahawa walau sekuat mana kita diduga,
tak akan sekali-kali kita akan mendongak untuk bertanya- DIA “kenapa”..

Berjanjilah,
bahawa walau hujan dan petir akan tetap membuat langit kelam,
kita masih juga akan tetap percaya,
bahawa mendung akan akhirnya pergi, dan langit akan kembali biru,
seperti suatu masa dahulu.

Berjanjilah,
bahawa walau apa pun yang terjadi,
kita akan sentiasa optimis dan percaya,
bahawa semuanya akan akhirnya nanti baik-baik sahaja.

Berjanjilah,
untuk tidak akan melihat langit dengan pandangan mata berkaca,
menpersoal takdir dan bertanya mengapa,
lantas berputus asa.

Berjanjilah,
untuk tetap mendongak ke langit dengan harapan dan doa.
tersenyum, dan percaya bahawa DIA sangat tahu apa yang sedang dilakukan-NYA.



dipetik dari blog ayuamiza


hehe, macam biasa lah, bab2 petik memetik senang sikit kalau nak bersastera nih. nak harapkan buat sniri memang 2 hari 2 malam la cari ilham..
xdelah, poem ni cukup2 buat aku tersentuh. sbb memang kebelakangan emosi sangat tak stabil. nasib tak jumpa pakar psikologi je kot. haha, xdelah. teruk2 mana pun, insyaAllah waras lagi. boleh tahu lagi asas2 agama. 
cuma itulah, takut sebenarnya. sebagai hamba yg lemah dan hina nih, setiap kali ada ujian,musibah, terkadang hati ini terlintas untuk mempersoalkan takdir. *astaghfirullah*
pelik jugak dengan hati, dah belajar, dah tahu, dah ada ilmu, tapi seolah-olah tak selari dengan ilmu yang ada. permainan hati? hasutan syaitan? sama jela kot maksud dua2. 

huhu, bulan puasa bukan syaitan diikat kah? hmm, kenapa time otak berserabut, emosi bercelaru, laju dan sepantas kilat, cahaya, skelip mata soklan KENAPA terkeluar? T_T

Berjanjilah,
bahawa walau sekuat mana kita diduga,
tak akan sekali-kali kita akan mendongak untuk bertanya- DIA “kenapa”..
 
 
 Ya Allah, banyaknya dosa hambaMu ini, ampunkan aku ya Allah, jadikan lah setiap langkahku adalah yg terbaik untukku dan diredhai olehMu.
ameeenn.... :D

 
Love always,
Teefah Leevs

Friday, June 29, 2012

a year of tamhidi.

pintu masuk.




bangunan canselori.

tadaa! assalamualaikum..
haa,seperti yg dijanjikan ini lah tempat tumpahnya air mata dan air liur basi aku. hahaha

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA ,
Nilai, Negeri Sembilan.

Alhamdulillah,kat sini manusia manusia sekeliling okey. dalam iklim addin kan. huhu
setahun kt sini, banyak jugakla yang aku blaja psl hidup ni. yes, this is my first time duduk "asrama". haha..org lain dah lama dah berdikari psl duk asrama nih,aku baru nk blaja. anyway, it went very well and smooth. thanks to my roomates and housemates.  oh,ya. aku dapat apartment.

ni la asrama aku. kolej kediaman nilam court. (KKNC)

dan kat depan KKNC ni ada tasik. . since kt nilai ni memang xde harapan la aku nak jumpa pantai, tasik pon boleh lahh~

tasik pengganti pantai.


soooo, macam biasalah, kat mana-mana U pn akan buat sesi minggu orientasi, pngenalan diri dan sewaktu dengannye lah. usim pn sama, nak buat jugak. haha. minggu ta'aruf. dan kami siap ada uniform lg. tudung putih, baju purple, n sluar slack hitam. dan kasut hitam.


sila besarkan mata anda di lihat di belakang sana juga. dah mcm semut.
haha. teringat pulak masa ni. semua orang kene pergi library dan agaknya semua rasa macam pegi pasar kot. announcemet mintak diam dh berpuluh2 kali dgr, cair taik telinga xyah cakap lah. tp 2 saat je la berjaya, then bye2. haha. bosan. bukan buat apa pun, duduk diam sampai sejam, memang sah sah lah semua nak jadi komentar. sediam diam aku pn jadi banyak cakap. (prasan). haha

library usim.


 minggu ta'aruf tu 3 hari je. dan dipendekkan cite 3 hari tu duk dengar ceramah dari pagi sampai malam.
 fakta menarik : masa ta'aruf xde masa nak kenal housemates n roomates, balik je terus tido. mandi pn skali je time pagi..

kat usim ni ade 6 courses untuk tamhidi. :
 perubatan, pergigian, sains dan teknologi, perakaunan dan muamalat, syariah dan undang-undang.

basically, perubatan, pergigian n sains dan teknologi blaja benda sama je. bio,fizik,kimia, math, english, arab.
oh, untuk pengetahuan umum, bahasa arab memang kena blajar smpai abes degree..hohoho!

masa lepas abes spm, aku tak jangka langsung akan dapat usim. n memang aku dah delete terus storage 4gb arab aku blaja dekat skolah. huhu (padan muka. tulah, sape suruh lupakan teros bahasa syurga. kan da kena)

jadual hari-hari kat sana, memang padat la jugak. terutama untuk budak sains (termasuk dentist n medic). sebab kami ada lab!. dan lab ni tak masuk dalam credit hour. tak semena-mena jadual yg banyak lompang-lompang tu jadik penuh terus.
pagi 8.30 dah start. balik 5.30. macam ofis hour. tp alhamdulillah, kelas malam aku tak de..hehe

dan, dan ,dan kalau nak senang sikit hidup, sila lah bawa kereta sendiri. sebab perjalanan dari KKNC ke USIM dalam 15-20 minit dengan kelajuan 100 km/jam. haha
maka, mana la larat nak tunggu bas. unless korang dah duduk tercongok pukul 6.30 pagi tunggu bas.
dan disebabkan perjalanan yang agak lama ini juga lah, pemandu2 bas lebih gemar untuk mengambil pelajar senior yang duduk kt dalam area kampus je.   =.=

now, meet my crazy D46's family members. block D, 4th floor, house number 6. block D, tingkat 4, 6 orang.

me-soley-nami-mudz-zek-nasrinm
ye, asrama kami ada taman permainan. haha

and meet also teman seperjuangan ku yg sentiasa berkepit kt kampus. hukhuk
tehah-mika-zek-wani-me
 sila ambil perhatian : kami xrancang nak pakai pink. agaknya masing-masing dapat ilham dalam mimpi malam tu kot. dan sesungguhnya, segan la jugak dah 1 kuliah duk tegur. tp quote from madam afieda "ada aku kesah?" . hehe


dan, antara tempat kami selalu melepak membazirkan masa memberontak jiwa raga meluangkan masa mengeratkan ukhuwah

Jusco, Seremban 2


Dataran Nilai



Nilai 3

Taman Rekreasi Nilai

Tasik Nilam Court ( of course )

Popular, Giant Nilai
Tesco Nilai

menarik? cepat, duduk lah Nilai. haha (eceh,mcm nak jadi promoter jep).

ketung ketang ketung ketang, dah stahun aku bergelar pelajar tamhidi USIM.
sekian, ni lah serba sedikit hidup aku kat nilai.

-the end-

love always,
teefah leevs

Friday, June 22, 2012

merapu lagi setelah sekian lama

assalamualaikum,
dan selamat pagi. (rasa mcm pembaca berita pn ada)

tak kesah la, asal bahagia :)

this early morning,i was looking through all my certificate n stuffs.
then, i saw this particular one that reminds me back in 2010.

"tahniah, anda telah menyertai spell-it-right contest blablabla.."
for those who knows the story behind this,
well,im asking. am i too naive too see what's really going on back there?
haha. life is funny. a cliche,of course. :D (oh,my english!)
ish,tetibe mcm emosional pulak.
okay2,enough about this. too much "what if" questions running around my head.
what's done is done.
"andai kita mempersoalkan benda yg telah terjadi, seolah-olah kita mempersoalkan Allah."
so,just take notes n learn from the past. :)



the truth is, aku tak tahu lah nk merapu + melalut apa pagi ni. dan macam biasa lah, banyak cerita kalau nk cerita, tapi bila sampai nk cerita kt tempat cerita ni, semua cerita macam tersekat. ( ada pening? hihi )
ooh,haa!. plus, terbaca post blog umu menjadikan makin tersekat. aku punya post mostly banyak sedih2..hekhek. (umu,jgn rase bersalah pulak okeh) :)

it's okay, she's got a point. i have to 'mematangkan diri' yg payah benar nak matang. haha.
 :D :D 

 macam aku. haha

oh!.dan,buat sahabat handai ku, diriku memohon bantuan dan pertolongan dari mu. sesungguhnye, ambe xreti doh wat blog nih!.huhuhuhuhuh T_T

mood hari ini : happy dan tenang sebab dapat rehat duduk rumah."oh,senangnya dalam hati" - sila nyanyi ikut rentak lagu p.ramlee yg isteri banyak2 tu. hehhek

p/s: hajat di hati, next post am going to tell about usim's life. insyaAllah. :)

love always,
teefah leevs

Thursday, June 21, 2012

after a year...

assalamualaikum.

okey, finally im updating my blog after more than 1 year,i guess.huhu
anyway, im sure ummulwaqiah maisarah would be very happy to see this!.(xsampai 2 tahun okeh).haha

so,dear my dearest friends. (esp sarah, farah, fiancee)


 it's you guys  :)


thank you for being such wonderful friends.

anyway, ada lagi satu ayat nk share. sepcial for all the readers. :)

"Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. " 
(surah An-nisa',110)
 

p/s: korang nk taw x. punyelah terkial2 ambe nk update blog nih. xreti. hahahaha


till then,love always.
-teefah leevs 
 

.New Leaf. Copyright 2010 | Designed by Neyhan Creative